Nasi katok ayam panggang BBQ Tongkengggg...
Ramadhan muncul lagi....
Amalan-amalan yang perlu menjadi keutamaan disepanjang Ramadhan
11- Segera berbuka setelah masuk waktu nya.
12- Sempurnakan mandi wajib sebelum naik fajar, supaya dapat meneruskan ibadah puasa dalam keadaan bersih dan suci dari hadas besar.
13- Banyakkan zikir terutama membaca Al-Quran yang merupakan sebaik-baik cara berzikir, supaya kita beroleh syafaat Al-Quran pada hari akhirat.
14- Pelihara lidah dari berdusta, mengumpat, maki hamun dan sebagainya kerana amalan-amalan ini pada bulan Ramadhan lebih besar dosanya.
15- Segala gerak-geri dan tindakan kita hendaklah tenang, tidak mudah beremosi dan tidak terkeluar dari batas-batas kesederhanaan.
16- Pastikan kita dalam bulan Ramadhan ini tidak melakuan sesuatu yang dilarang Allah dan mentaati segala suruhan-nya.
17- Banyakkan zikir dan istighfar dan memohon rahmat daripada-nya terutama ketika berbuka dan bersahur.
18- Banyakkan doa untuk diri sendiri, ibu-bapa, anak-anak dan seluruh umat Islam supaya sama-sama dikurniakan kesejahteraan.
19- Bertaubat kepada Allah dengan taubat yang bersungguh-sungguh, dengan meninggalkan maksiat, menyesali segala dosa-dosa yang lalu dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa akan datang.
20- Setelah selesai puasa Ramadhan, teruskan berpuasa enam hari pada bulan Syawal kerana ganjarannya seumpama berpuasa sepanjang tahun.
Extract dari Mingguan Wanita bil. 1344Labels: Foods |
Post a Comment