 Ramadhan muncul lagi..... Amalan amalan yang perlu menjadi keutamaan disepanjang Ramdhan
1- Berpuasa dengan ikhlas, hanya inginkan keredhaan Allah.
2- Jauhi sama sekali dari percubaan merosakan puasa dengan berbuka tanpa keuzuran kerana amalan itu termasuk dosa besar yang dilaknati Allah.
3- Usaha seberapa boleh untuk hidupkan malam malam Ramadhan dengan ibadah seperti solat tarawih dan tahajud, terutama pada malam Lailatul Qadar.
4- Pastikan sumber makanan disepanjang bulan ini jauh dari sumber haram atau yang meragukan supaya puasa dan doa kita dimakbulkan.
5- Berusaha untuk berbuka puasa secara beramai-ramai kerana pahalanya lebih besar dari berbuka bersendirian.
6- Sentiasa lakukan solat lima waktu secara berjemaah.
7- Perbanyakan bersedekah kerana sedekah pada bulan ini lebih afdal berbanding bulan-bulan yang lain.
8- Awasilah diri kita dari menghabiskan waktu tanpa faedah kerana Ramadhan merupakan bulan ibadah.
9- Jika berupaya, kerjakan umrah kerana umrah pada bulan Ramadhan bersamaan dengan sekali ibadah haji.
10- Laksanakan ibadah puasa dengan bersahur pada akhir malamnya kerana sahur itu sunnah Rasulullah.
Extract dari Mingguan Wanita bil. 1344Labels: Foods |
Post a Comment